Pengurusan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Malaysia)

Pendaftaran dan pengesahan

Beberapa laluan pendaftaran pemvaksinan COVID-19 telah ditubuhkan kepada orang ramai. Kaedah paling umum ialah pendaftaran melalui aplikasi maklumat COVID-19 rasmi negara, MySejahtera, di samping pembukaan pendaftaran melalui laman rasmi program imunisasi. Bagi pendaftaran secara manual, laluan-laluan pendaftaran termasuk melalui talian pusat, kehadiran ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta program-program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.[7] Sebagai pengesahan, rakyat yang selesai memperoleh vaksin secara lengkap akan diberikan sijil serta pasport pengesahan untuk memudahkan proses-proses tertentu seperti urusan imigresen.[8][9]

Jenis vaksin

Jenis-jenis vaksin yang digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam program imunisasi ini adalah seperti di bawah:

Vaksin-vaksin COVID-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan[10]
NoVaksinPengeluarNegaraDos%
1Vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTechPfizer, BioNTech Amerika Syarikat250
2Vaksin COVID-19 Oxford–AstraZenecaUniversiti Oxford, AstraZeneca United Kingdom210
3CoronaVacSinovac Biotech China218.8
4Gam-COVID-Vac (Sputnik V)Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya Rusia210
5Ad5-nCoVCanSino Biologics China110.9

Rujukan

WikiPedia: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Malaysia) http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 http://web.archive.org/web/20210205003534/https://... http://web.archive.org/web/20210224211156/https://... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sabah-t... https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1937296 https://www.bernama.com/bm/am/news_imunisasi.php?i... https://www.malaysiakini.com/news/565190 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02...